CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday 19 April 2013

Rindu bertamu


sesekali rasa rindu yang tak dapat dinafikan datang..rindu yang terlalu kuat..hingga tak sanggup unttuk mendengar suaramu...setiap kali menyebut namamu..air mata ku bergenang..nafasku berombak kencang..pada zahirnya orang  melihat aku gembira dengan kehidupan aku...aku senang tanpa kehadiran anak2 disisi..tapi hakikatnya..aku menahan perit yang teramat sgt..
aku terlalu rindukan si manja ku yang sorang ni..terlalu manja..terlalu memahami aku..serang yang mendengar cakap..aku rindu memeluknya..aku rindu memimpin tangannya..aku rindu akan bau harum dia..aku rindukan segala-galanya tentang dia..

adik..umi pun rindu adik..rindu sangat..baba pun.. bila sembang pasai adik baba dah ubah topik..tak sanggup nk sembang panjang2 pasai adik..

nnti umi dgn baba  bawak adik blik sini..sekolah sini k...takyah dok jauh2 dah..umi dgn baba xsanggup dah..

rindu amia sangat2..

Wednesday 17 April 2013

hidayahmu.. Ya Allah..

salam..
makin aku cuba menjadi seorang anak,,umi,, isteri n muslimah yang terbaik..makin aku diuji...makin aku dicaci..makin aku dicerca..makin aku dihina..setiap kali aku cuba memperbaiki segala kekurangan aku..semakin aku mencari redhaNya..semakin aku muhasabah segala dosa2 ku..semakin aku cuba dekatiNya...semakin aku cuba mencari jalan dan ruang untuk aku berubah..semakin tinggi dugaan dan ujiannya..makin aku rasa disisihkan..makin aku dijauhkan..semakin aku dilepaskan..
mak abah..ampunkan dosa cheq andai cheq sakitkan hati mak abah..andai cheq dah kecewakan mak abah..ampun segala kekurangan dan kelemahan cheq..
adik wan..wani..mirah..ampunkan kak...andai kak long buat semua orang kecewa..

aku cuba menjadi seperti mana yang di inginkan..aku cuba menjadi seperti yang direncanakan..aku di uji lagi..sejujurnya aku tak mampu lagi hanrungi semua ini..tanpa kehadiran insan2 yang aku sayangi..
aku lemah..saat semua menjauhkan diri dari  aku..aku cuba bangun kembali..ternyata aku tak mampu tanpa kehadiran mereka..tanpa semangat mereka..aku seolah2 dibuang jauh...

Ya Allah..berilah aku kekuatan..

Thursday 11 April 2013

Mahu berjaya

semangat yang tak pernah hilang untuk berjaya seperti mereka http://www.maisarahibrahim.com/ ,http://www.hanishaizi.com/ ...tapi bagaimana mahu mulakannya kembali..

banyak perancangan yang bermain dikotak fikiran ku...semua ini utk mereka2 yang aku sayang..mak..abah..adik2..anak2..n suami ku..semua utk mereka yang selama ini bagi aku sokongan dan dorongan.. terutama mak dan abah..


harap semua perancangan aku berjalan lancar..
inshaAllah..

pengalaman baru